Write For Us

Panel beri amaran 'bahaya' RUU 355 di forum MCA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Beberapa ahli panel pada forum Implikasi RUU 355 Hadi anjuran MCA mendakwa bahawa undang-undang ini adalah batu loncatan ke arah memperkenalkan undang-undang hudud.
Ini walaupun bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berulang kali dijelaskan sejak ia mula diperkenalkan, dan penyokong mendakwa bahawa tujuannya adalah untuk mengukuhkan mahkamah syariah dan bukannya mempunyai apa-apa kaitan dengan hudud.
Panel-panel juga mendakwa RUU 355 Hadi yang mungkin akan dibentangkan nanti akan memeri implikasi terhadap orang bukan islam.
Antara panel forum tersebut ialah, Ketua Pemuda MCA Putrajaya Kevin Koo, Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) Sardar Jagir Singh, Penolong Penagarang Berita The Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman dan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Moeis Basri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment