Write For Us

Papagomo pula tampil, 'Saya peluk dia dan cakap kau ni bodoh bro'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan di Semenyih awal hari ini.
Bagaimanapun, Papagomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Wan Muhammad Azri mendakwa beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq daripada diserang penyokong yang cuba menyerbu MP Muar itu.
"Jadi saya pergi dan peluk dia. Saya selamatkan dia. Kenapa saya nak serang dan burukkan nama Umno sedangkan semua orang kenal saya.
"Saya pergi peluk dia dan saya cakap "kau ni bodoh bro". Dia pusing dan sahut, "eh Gomo?" Katanya.
Beliau juga menafikan mengunci leher Syed Saddiq menggunakan lengannya dan berkata kejadian itu berpunca daripada ketua pemuda Bersatu itu sendiri.
"Bukan cekik, tapi cekak guna lengan saya dan pegang bahu dia. Kemudian, polis datang dan suruh saya jarak.
"Syed Saddiq sengaja nak cetuskan provokasi. Janganlah buat report tu hanya untuk publisiti murahan. Orang nak kejujuran dari dia," jelasnya.
Syed Saddiq dipersalahkan kerana didakwa menjadi punca kekecohan apabila berjalan melewati kumpulan penyokong BN.
Pasukan Syed Saddiq menafikan hal ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment