Write For Us

Parti Melayu sertai Bersatu? Anwar ulas kenyataan Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberikan peluang kepada Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kenyataan tawaran mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu, pada mesyuarat Majlis Presiden petang ini.
"Saya rasa saya telah katakan tadi yang kita perlu berikan beliau peluang untuk jelaskan pada mesyuarat majlis presiden," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir yang membuat kenyataan tersebut tanpa persetujuan bersama parti lain dalam PH.
Pada 5 Julai lalu, Mahathir berkara pelawaan itu merupakan usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.
Ia berikutan kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment