Write For Us

"Saya galak lagi banyak tubuh parti Melayu" - sindir Dr M ulas parti pimpinan Ibrahim Ali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad membayangkan penubuhan semakin banyak parti berasaskan kaum terutama Melayu hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum berkenaan di negara ini.
Beliau berkata penambahan dan penubuhan parti Melayu yang baharu di negara ini akan menyebabkan kaum berkenaan tidak mempunyai satu parti yang besar untuk mewakili mereka.
“Kita bebas tubuhkan berapa banyak parti pun dan kalau kita tubuh 100 parti, itu cukup baik. Orang Melayu akan dibahagikan kepada 100 dan tiada satu parti Melayu besar.
“Sebab itu saya galakkan banyak penubuhan parti Melayu. Kita sengaja tentukan negara kita majoriti 60 peratus Melayu, tetapi berpecah empat tidak mengapa juga, ini berpecah sampai 100,” katanya dengan nada sinis dan disambut gelak ketawa selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian ketika ditanya penubuhan parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dipimpin presidennya Ibrahim Ali yang juga bekas Presiden Perkasa.
Dilaporkan pada 8 Mei lepas, Putra menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Surat kelulusan pendaftaran Putra ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Masyanti Abang Ibrahim, mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment