Write For Us

PAS akui ada cabaran dapatkan sokongan bukan Islam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana beliau menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan PAS sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.
"Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap PAS, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air...kami sendiri (dalam) Dewan Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.
"Walaupun parti berpecah (PAS dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah...ini menandakan ada (pihak) yang kata PAS akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu.
"Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU13 lepas," katanya pada sidang media selepas sesi dialog (Program Munaqasyah) Ucapan Dasar Presiden di Kompleks PAS Kedah, semalam.
Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan PAS untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment