Write For Us

PAS: GST haram, Majlis Fatwa silap

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
PAS menegaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bercanggah dengan Islam walaupun difatwakan sebagai harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ketua Penerangan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan memberikan alasan untuk mengutip GST demi kebaikan negara berdasarkan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014.
Bagaimanapun, menyifatkan fatwa berkenaan sebagai suatu kesilapan, Mohd Khairuddin yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus menegaskan cukai dalam Islam hanya boleh dikutip menerusi beberapa syarat termasuk hanya boleh diambil daripada golongan kaya.
"Pertama bila jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa hanya melihat kepada tujuan cukai diambil (untuk kebaikan negara) di situlah bermula segala kepincangan dan kesilapan dalam mengeluarkan fatwa," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment