PKR kesal dengan tindakan PAS mengadakan program jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan, Naib presidennya, Tian Chua berkata ini merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim Umno-BN.
Menurutnya, Permatang Pauh merupakan kerusi yang sinonim dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan reformasi sejak pilihan raya umum 1999.
PAS pada 16 Julai lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di Permatang Pauh dengan dirasmikan oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad.
Parlimen Permatang Pauh mempunyai nilai sentimental bagi PKR kerana ia merupakan kerusi yang ditandingi ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak berada dalam kerajaan.
Kerusi itu ketika ini diwakili presiden PKR yang juga presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas Anwar dihukum penjara lima tahun atas kesalahan liwat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment