Write For Us

PAS perjelas hubungan dengan BERSATU dengan syarat...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu memutuskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibenarkan mengadakan program dengannya.
Sambil merujuk kepada hubungan PAS dan BERSATU, Tuan Ibrahim berkata ia dilakukan dengan bersyarat iaitu program tersebut tidak dihadiri oleh wakil dari DAP mahupun AMANAH.
"Kalau ada PAN, tak boleh. Kalau ada DAP, lagi tak boleh. Dua-dua tak boleh.
"Sebab itu kita letak syarat pada BERSATU, kalau BERSATU nak buat program panggil PAS boleh, dengan syarat jangan ada PAN dan DAP," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Hari Bersama Nelayan Peringkat Kawasan Setiu pada 2 Februari lalu.
Video ucapan tersebut dimuat naik Terengganukini di Youtube.
Tuan Ibrahim juga turut memuktamadkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment