Write For Us

Tajuddin perjelas isu pertelagahan dengan Nga di Dewan Rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menegaskan beliau tetap akan terus hadir ke persidangan Dewan Rakyat meskipun digantung selama empat hari bermula hari ini.
Menurutnya, beliau tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming malah menyifatkan keputusan itu belum dikuatkuasakan.
“Dia nak gantung gantunglah, gantung sampai mati saya tak kisah. Saya bebas bila nak masuk. Mungkin ada ada penilaian semula yang keputusan beliau itu melampau.
“Nak gantung satu, dua, empat, 10 hari. Tidak ada gantung. Tak diputuskan. Dia (Kor Ming) cuba tapi keputusan itu tak dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Tajuddin sebentar tadi diarahkan keluar daripada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini dan digantung selama empat hari, apabila ingkar arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk tidak mengganggu persidangan yang sedang berlangsung.
Hal itu bermula apabila Tajuddin tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai program tanaman kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin.
Kerana luahan rasa tidak puas hatinya dianggap memakan masa yang lama, Nga tidak membenarkan anggota Parlimen Pasir Salak itu meneruskan peluang untuk bertanyakan soalan tambahan.
Keadaan itu sekali gus membuatkan Tajuddin tidak mematuhi arahan timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan perang mulut antara kedua-dua mereka mengambil masa hampir 15 minit.
Akhirnya Nga menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 (2) untuk menghalau Tajuddin keluar selama dua hari.
Namun disebabkan masih enggan meninggalkan sidang mesyuarat, Nga memerintahkan tempoh penggantungan itu dari dua hari menjadi empat hari.
Bagaimanapun, Tajuddin terus kekal dalam dewan bagi menyertai persidangan yang berlangsung.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Nga sebagai anti-BN dan pembangkang kerana melarangnya bertanyakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Parlimen, hari ini.
“Isunya Yang Dipertua halang Ahli Parlimen tanya soalan bagi pihak rakyat, sama ada saya tidak berkelakuan baik atau tidak, itu pada mata dia, tetapi pada mata rakyat tidak.
“Ahli-ahli Parlimen DAP sengaja nak provok, mengejek saya. Adakah itu kelakuan yang baik? Kalau DAP semua bagus, kalau Umno dan BN tak bagus. Kenapa Yang Dipertua tak tegur, tak nasihatkan mereka. Nak jadi Yang Dipertua kena neutral,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment