Kurang 24 jam selepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar akan membantu PAS berkempen pada pilihan raya umum akan datang, parti itu menyatakan kesediaan untuk menawarkan kerusi kepada ADUN Pelabuhan Klang itu.
Namun syaratnya, Khalid sudah berubah fikiran dan sedia untuk menyertai PAS.
Memetik laporan Sinar Harian dalam laporannya hari ini, tawaran itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir
Roslan berkata fasa memujuk Abdul Khalid berterusan, walaupun parti itu menghormati pendiriannya yang memilih bergerak bebas.
Beliau juga berkata, kehadiran Abdul Khalid adalah satu penghargaan buat PAS seterusnya membuktikan ia adalah parti yang diyakini oleh beliau untuk meneruskan perjuangan yang terbantut selepas dipecat sebagai menteri besar Selangor.
Menurut Roslan lagi, sikap Abdul Khalid yang terbuka hadir dalam program politik PAS dan Umno juga membuktikan peribadinya yang berpendirian.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment