Write For Us

PAS tentang GST tapi serang DAP, kata Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
169 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan sikap PAS yang lantang mengkritik Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) tetapi tidak mahu menentang Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata Lim, parti Islam itu menghalakan serangan itu kepada DAP.
"GST bukan mula dilaksanakan oleh DAP atau Pakatan, tetapi dilaksanakan oleh BN.
"Jadi, mengapa (PAS) kalau menentang GST tetapi tidak mahu menentang Barisan Nasional (BN), dan mensasarkan serangan kepada DAP?" soal Lim.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam.
Lim mendakwa PAS menjadi 'parti politik sesat' kerana menyokong Umno dan menganggap DAP sebagai musuh utama dalam PRU-14 nanti.
Namun, kata Lim, DAP tetap konsisten seperti pendiran Pakatan Harapan, iaitu tetap menjadikan Umno dan BN sebagai musuh utama dalam PRU nanti.
"Musuh politik DAP dan Pakatan Harapan masih Umno Barisan Nasional kerana mereka lah yang melaksanakan dasar-dasar yang melemahkan ekonomi negara dan membebankan rakyat, seperti GST dan skandal 1MDB," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment