Write For Us

PAS tertekan? Tidak. Selamat datang SPRM - Nik Abduh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
PAS tidak tertekan dengan dakwaan mahu pun tindakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.
Dalam laman Twitter, anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengalu-alukan siasatan oleh agensi berkenaan.
Mengulas lanjut, anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata semua pihak tahu apabila semakin PAS berkuasa maka semakin berkuasalah SPRM.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan isu 'audio Nik Abduh' muncul semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brow dengan penyelesaian kes di luar mahkamah.
Ia susulan pengakuan seorang individu bernama Muhammad Atiullah yang mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat "pengakuan menerima suapan" tersebut.
Dalam kenyataannya bertajuk "Lebih 40 saksi hidup terhadap pengakuan YB Nik Mohamad Abduh menerima duit Umno", Muhammad Atiullah menyifatkan kejadian itu sebagai "peristiwa hitam".
Pada 27 Feb tahun lalu, Amanah Kelantan menggesa pemimpin PAS tampil mengesahkan kesahihan rakaman audio yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Susulan itu, Nik Abduh tampil membuat penafian terhadap dakwaan bahawa suara dalam rakaman audio itu miliknya.
Pimpinan PAS pusat turut digesa agar dakwaan berhubung rakaman audio itu disiasat, namun sebaliknya menegaskan penafian Nik Abduh sudah cukup.
Bagaimanapun, ketika perbicaraan kes saman fitnah itu masih berjalan, peguam Abdul Hadi tidak mencabar kesahihan rakaman audio itu.
Mengulas perkara itu pada Jun 2018, Sarawak Report menyatakan bahawa peguam Abdul Hadi berkata Nik Abduh dan pemimpin PAS lain yang didakwa hadir ketika rakaman audio itu dibuat, merupakan antara individu yang akan dipanggil sebagai saksi perbicaraan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment