Write For Us

Pasar Borong KL mula operasi hari ini dengan kawalan ketat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang kembali beroperasi bermula hari ini selepas selesai menjalani proses sanitasi dan kerja pembersihan selama empat hari.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menegaskan pihak berkuasa akan memantau operasi pasar borong tersebut supaya peniaga mematuhi peraturan dan prosedur yang ketat bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja di kawasan itu.

Selain itu, katanya, penjual, pekerja dan pemandu lori dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai seperti penutup mulut dan hidung dan sarung tangan serta lori membawa bekalan dibenarkan masuk mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya lagi, pekerja Pasar Borong yang tinggal di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar pusat bandar utara di Selayang tidak boleh kembali bekerja dan perlu tinggal dalam kediaman masing-masing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment