Write For Us

Kes bunuh Jong-nam: Tertuduh tiba dengan kawalan ketat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Kes dua wanita asing yang dituduh membunuh Kim Jong-nam disebut hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Warga Vietnam Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dari Indonesia dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan diiringi kawalan ketat.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.
Pengakuan mereka akan direkodkan semasa sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa mahkamah itu.
Dilaporkan bahawa Jong-nam berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Februari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment