Write For Us

Dua tertuduh tiba di mahkamah berbaju kalis peluru

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Dua tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam, Doan Thi Huong, 28, dan Siti Aisyah tiba di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini buat kali kedua.
Tertuduh warga Vietnam itu tiba tepat 9 pagi manakala warga Indonesia tiba lima minit kemudian.
Kedua-dua tertuduh dilihat memakai jaket kalis peluru sebagai langkah keselamatan sambil diiringi anggota polis dan pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).
Kompleks Mahkamah Sepang menjadi tumpuan pengamal media dari seluruh negara bagi mengikuti perkembangan kes ini.
Seawal 6 pagi lagi, para pengamal media dari pelbagai negara berkampung di luar kompleks mahkamah.
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Thi Huong, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 9 pagi, pada 13 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment