Write For Us

Guan Eng tiba di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Perbicaraan membabitkan kes dakwaan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo dua tingkat bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Pertuduhan terhadap Lim dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dibacakan di hadapan hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail kira-kira jam 9.30 pagi.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, manakala Lim diwakili barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.
Perbicaraan hari ini juga menyaksikan mahkamah penuh sesak dengan kehadiran penyokong Lim.
Mereka turut berkumpul di luar mahkamah dengan membawa pelbagai plakad dan meneriakkan 'Sokong Guan Eng', 'Tangkap Najib' dan 'Tangkap Jho Low'.
Terdahulu Lim dan isterinya Betty Chew dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi sambil disambut oleh penyokong yang berkumpul lebih awal.
Hadir sama pemimpin DAP Lim Kit Siang dan isteri, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Chow Kon Yeow dan setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Lim merupakan ketua menteri pertama di negeri itu menghadapi pertuduhan rasuah, namun berulang kali mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari, sehingga akhir bulan Mei.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment