Write For Us

PATRIOT 'sekolahkan' Danyal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) membidas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, yang melepaskan jawatannya Rabu lalu dan menuduh bekas laksamana tentera laut itu mengkhianati kepercayaan pesara pasukan bersenjata.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji menegaskan bahawa terdapat perbezaan besar apabila bercakap sebagai ahli parlimen dan hanya menjadi pegawai yang berkhidmat di bawah seorang ahli parlimen.
Arshad turut mengkritik tindakan Danyal hanya sebagai bidak di papan catur yang digunakan dalam permainan politik untuk dipergunakan oleh parti politik.
Bidasan Arshad itu susulan kepada kenyataan Danyal semalam berkata bahawa peletakan jawatannya sebagai ahli parlimen tidak akan mengketepikan kepentingan pesara dari angkatan bersenjata.
Katanya, beliau akan terus berkhidmat sebagai pegawai di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di itu, dan terus menjaga kebajikan para tentera sama ada yang masih berkhidmat mahupun mereka yang telah bersara.
Rabu lalu, Danyal mengumumkan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Presiden PKR yang baru dipilih, Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil dan seterusnya ke parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment