Write For Us

'Pecat Haziq'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
95 Views
Published
Naib Ketua Pemuda PKR (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus menggesa partinya supaya memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan fitnah video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.
Mohd Nazree menegaskan sayap pemuda parti itu senantiasa berdiri teguh bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Pemuda (AMK) berpendirian tegas, kita melihat dalam isu ini Haziq perlu dipecat.
"Jelas ia satu tuduhan fitnah yang kita tidak boleh bersetuju seperti mana kita tidak boleh bersetuju 20 tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas di Rumah Pemuda di Shah Alam, malam tadi.
Pada Rabu, PKR telah pun mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Haziq kerana mengeluarkan kenyataan umum yang menjejaskan imej parti.
Haziq diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Ahmad Kassim berkata pihaknya turut mengambil maklum penafian Azmin dan akan meneliti penjelasan sekiranya ada.
Pada 12 Jun lalu Haziq tampil mengaku sebagai salah seorang individu dalam klip video seks yang tular.
Haziq turut mendakwa individu bersamanya dalam aksi intim itu adalah Timbalan Presiden PKR.
Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Keputusan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq dicapai selepas biro politik PKR bermesyuarat petang tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment