Write For Us

Pegawai AS datang ancam sekatan pada Malaysia? Tak boleh diterima - KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan rasa tidak puas hati berhubung kehadiran Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan AS Brian Nelson di Malaysia.

Bercakap dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata kedatangan pegawai AS itu dalam usaha menyekat penyaluran dana kepada Iran dan proksinya termasuk kumpulan bersenjata Palestin Hamas, melalui sistem kewangan di Malaysia adalah seperti penjajahan baru.

Semalam Brian Nelson mengunjungi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan isu pembiayaan keganasan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberikan komitmen itu tetapi berkata perlu mengesahkan terlebih dahulu maklumat sepihak daripada AS.

Dia juga berkata dasar Malaysia hanya mengiktiraf sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukan oleh mana-mana negara.


Sumber video : https://www.youtube.com/watch?v=eql9tPGzmBc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment