Write For Us

Kunjungan pegawai sekatan AS: 'Tindakan angkuh, tak hormat Malaysia' - Tian Chua

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
19 Views
Published
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua menyifatkan kehadiran Pegawai Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat (AS), Brian Nelson dengan ‘amaran’ tertentu adalah satu tindakan angkuh dari Amerika Syarikat.

Tian Chua juga menggesa kerajaan mengambil sikap berani dan tidak melayan sebarang campur tangan kuasa besar yang cuba menekan Malaysia.

Sehubungan itu, Tian Chua menggesa supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus mempertahankan pendirian negara yang mengecam kekejaman di Palestin dan semua yang bersangkut paut dengan zionis Israel.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa melaporkan, pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan AS akan ke Singapura dan Malaysia dalam usaha menyekat penyaluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Rusia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment