Write For Us

Media Prima buat kunjungan hormat ke pejabat TPM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Media Prima Berhad (MPB) di pejabat beliau di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, hari ini.
Kunjungan diketuai Pengerusi MPB, Datuk Syed Hussian Aljunid dan disertai Pengarah Eksekutif Kumpulan MPB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mustapha Kamil Mohd Janor.
Turut serta Pengarang Kumpulan BH, Saidon Idris; Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit dan Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat MPB, Azlan Abdul Aziz.
Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, pengurusan MPB turut mendengar taklimat mengenai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta amalan kerja terbaik dilaksanakan kementerian dalam membantu kumpulan sasar.
MPB pula menjelaskan mengenai operasi akhbar terbitan NSTP dan saluran televisyen di bawah MPB, selain perancangan kerjasama dengan kementerian bagi program memberi kesan kepada rakyat.
Syed Hussian berkata, kunjungan itu juga bagi mengeratkan hubungan antara kementerian dengan MPB.
“Kita mendengar banyak program kementerian dalam membantu masyarakat terutama orang kelainan upaya (OKU), wanita dan kanak-kanak.
“Ramai tidak tahu program berkenaan dan kita akan membantu kementerian menyampaikan maklumat kepada umum mengenai usaha membantu masyarakat ini,” katanya.
Beliau menjelaskan akan mengadakan pertemuan susulan selepas kunjungan itu untuk kerjasama selanjutnya.
Pada majlis sama, Dr Wan Azizah turut membawa rombongan MPB melakukan kunjungan ke Kafe Selera Jemari yang dikendalikan sepenuhnya kakitangan OKU masalah pendengaran dan pertuturan serta mereka yang ada masalah pembelajaran.
Kafe di tingkat dua kementerian itu dengan 12 kakitangan sudah beroperasi sejak 2018, adalah inisiatif kementerian bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) memberi peluang kepada OKU untuk memasuki pasaran kerja, berdikari dan belajar kemahiran bekerja di lapangan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment