Write For Us

Kunjungan hormat MPB dan MOF erat hubungan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Media Prima Berhad (MPB) di pejabat beliau di Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin, 10 Februari.

Kunjungan diketuai Pengerusi MPB, Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid dan Pengarah Eksekutif Kumpulan MPB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Pengarah Komersial Kumpulan MPB Michael Chan.

Kamal berkata, dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam, pengurusan MPB turut mendengar taklimat beberapa rancangan yang sedang dirangka kerajaan untuk manfaat rakyat.
Beliau berkata, pertemuan yang agak ringkas itu adalah kunjungan hormat dari pihak pengurusan MPB kerana Guan Eng sebelum ini sudah melawat Sri Pentas beberapa kali.
Perbincangan yang dibuat adalah secara am dan pihaknya mengambil peluang itu sebagai titik tolak untuk memperbaiki lagi hubungan antara pihak MPB dan kerajaan.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment