Write For Us

Peguam dakwa hantaran kritik Hannah Yeoh disekat MCMC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Seorang peguam mendakwa salah satu hantaran Facebooknya mengenai isu Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) disekat atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Shamsher Singh Thind dalam satu hantaran di Facebook turut mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Perhubungan Teo Nie Ching terlibat atau tidak dalam perkara itu.

Pertanyaan itu dibuat, katanya, kerana Teo mempertahankan Hannah Yeoh, daripada dakwaan nepotisme dalam program Transit Responsif Permintaan (DRT) yang melibatkan syarikat dikaitkan dengan suami Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Asia Mobiliti dilantik sebagai satu daripada dua syarikat untuk menjalankan projek perintis perkhidmatan bas atas permintaan selama sembilan bulan di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment