Write For Us

Peguam dedah rakaman CCTV detik-detik terakhir model Belanda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
166 Views
Published
Rakaman CCTV dari sebuah kelab malam di Kuala Lumpur mungkin memaparkan detik-detik terakhir model Belanda, Ivana Smit.
Peguam Belanda, Sebas Diekstra, yang mewakili keluarga Smit, memuat-naikkan gambar daripada rakaman itu di halaman Twitter semalam.
Diekstra berkata imej itu menunjukkan seorang “lelaki Amerika” mendukung model itu ke dalam sebuah lift.
Mengikut catatan masa pada video berkenaan, rakaman dibuat pada 7 Disember jam 5.22 pagi. Smit ditemui mati dalam keadaan berbogel di tingkat 6 balkoni sebuah unit di pangsapuri Capsquare Residences beberapa jam kemudian.
Dia dilaporkan tinggal bersama pasangan Amerika itu yang mendiami di tingkat 20 sebelum kematiannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment