Polis menganggap rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan detik terakhir model Ivana Smit sebagai bukti tidak langsung , dan menasihati pihak luar untuk tidak mempengaruhi siasatan polis ke keatas kematiannya.
Menurut laporan The Star hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata polis masih menganalisa dan meneliti setiap aspek kes itu, dan adalah tidak matang untuk menyimpulkan apa-apa mengenai kematian model berusi 19 tahun itu.
Mazlan juga berkata, peguam yang mewakili keluarga Smit itu hanya melihat salah satu rakaman, sedangkan polis telah menganalisis dari banyak aspek.
Pada hari Rabu, seorang peguam Belanda yang mewakili keluarga Smit menaikkan rakaman sebuah gambar di halaman Twitternya.
Dia berkata gambar itu menunjukkan bahawa seorang "lelaki Amerika" telah mendukung Smit
Smit ditemui mati dalam keadaan berbogel di tingkat 6 balkoni sebuah unit di pangsapuri Capsquare Residences.
Dia dilaporkan tinggal bersama pasangan Amerika itu yang mendiami di tingkat 20 sebelum kematiannya.
Polis telah mengklasifikasikan kematian Smit sebagai "kematian mengejut", tetapi membuka semula siasatan selepas mendapar desakan keluarga Smit.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment