Write For Us

Peguam Rosmah sangkal timbalan IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal dakwaan polis bahawa setakat ini tiada pihak yang tampil dan menuntut secara rasmi aset yang disita ketika siri serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, beberapa bulan lalu.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media di Bukit Aman semalam.
Menurut salah seorang peguam Rosmah,Iskandar Shah Ibrahim yang berkata kepada Malaysiakini kenyataan Noor Rashid itu tidak benar.
Beliau mendakwa pihaknya telah membuat permintaan rasmi untuk menuntut barangan milik Rosmah dan dua anaknya, Nooryana Najwa dan Mohd Ashman, sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun polis menolak permintaan tersebut atas alasan barang yang dirampas itu masih dalam siasatan.
Iskandar juga berkata pihak polis belum memanggil Rosmah untuk memberi keterangan berhubung barangan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment