AVA360 Advertising

Peguam tinggikan suara tak puas hati jawapan Mahdzir

Loading...
14 Views
Published
Perbicaraan kes rasuah dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor tegang apabila peguam Datuk Jagjit Singh seakan hilang sabar dengan jawapan diberikan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sesi pemeriksaan balas.
Pada prosiding yang bermula kira-kira jam 10.10 pagi itu, Jagjit beberapa kali bertindak meninggikan suara sebaik mendengar jawapan diberikan Mahdzir selaku saksi kelima pendakwaan.
Mahdzir bagaimanapun dilihat tenang sepanjang prosiding dan hanya menjawab “tidak bersetuju terhadap soalan yang dikemukakan Jagjit.
Pada prosiding itu, antara dakwaan yang dilemparkan Jagjit terhadap Mahdzir adalah beliau bersetuju menganugerahkan projek solar hibrid itu kepada Jepak Holdings Sdn Bhd dengan bayaran RM1 juta setiap bulan untuk tempoh lima tahun.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment