Write For Us

Pelaksanaan kasut, stoking hitam bermula tahun depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Kementerian Pendidikan menetapkan pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam bagi murid sekolah bermula sesi persekolahan 2019.
Dalam surat pekeliling, ia juga akan diperluaskan pada 2020 dan dilaksanakan secara menyeluruh pada 2021 sepertimana yang diminta oleh ibu bapa.
Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking berwarna putih.
Justeru, pihak sekolah diminta untuk tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid untuk memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi tersebut.
Surat pekeliling itu juga menetapkan jenis kasut yang dibenarkan oleh murid sekolah rendah dan menengah, iaitu kasut berwarna hitam yang diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik seperti nylon dan polyester.
Dapatan libat urus menunjukkan majoriti responden termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut berwarna putih oleh murid sekolah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment