Write For Us

Pengambilalihan tanah projek HSR KL-Singapura bermula bulan depan - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) akan bermula pada 1 November, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pengambilalihan tanah itu bermula pada hari yang sama dengan pemeriksaan awam yang bertujuan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berkaitan projek HSR itu bagi tempoh tiga bulan.
"MyHSR telah dan sedang mengemukakan permohonannya kepada pihak berkuasa kerajaan berkaitan bagi tujuan pembekuan tanah, proses penting untuk mengkaji daya maju kawasan yang telah dipilih.
"Kemudiannya kawasan yang dipilih dipertingkatkan lagi bagi mencerminkan maklum balas awam terhadap penjajaran yang mana selepasnya, kawasan tanah yang telah dimuktamadkan akan dibeli bagi projek tersebut," katanya dalam ucapan beliau semasa memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura, di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment