Write For Us

Azmin: Bincang mengenai HSR dengan Singapura bulan ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Singapura mengenai isu Projek Keretapi Laju (HSR), akan diadakan pada bulan ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.
"Mesyuarat rasmi akan berlangsung pada bulan Ogos.
"Semalam saya berada di sana untuk melawat (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan beberapa pegawai kanan di Singapura untuk membincangkan mengenai HSR ... mesyuarat itu sangat positif.
"Saya akan mengeluarkan kenyataan (mengenai perkara ini)," katanya kepada pihak media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Azmin menulis bahawa dia berada di Singapoura untuk lawatan kerja.
Beliau juga memuat nait tweet bersama Muhyiddin, yang sedang berehat selepas pembedahan di sana.
Singapura telah meminta keputusan rasmi Putrajaya mengenai HSR sejak bulan lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment