Write For Us

MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
1,089 Views
Published
Sinopsis

FOKUS Untuk 15112013

Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada badan bebas sebagai perantara untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi air jika persetujuan itu masih menemui jalan buntu.

2. Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan 35,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri itu tercapaai.

3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merampas lesen sebuah kilang kitar semula tong yang dipercayai mengalirkan sisa bahan kimianya ke dalam Sungai Kundang, di Taman Perindustrian Puteri Permai, baru-baru ini.

4. Pelajar cemerlang Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat Selangor, Nur Nabiha Nasuha Muhammad Zamri menyifatkan restu ibu bapa sebelum ke sekolah adalah kunci kejayaannya.

5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan program pelancongan yang dinamakan 'Mini Cruise Sungai Klang' bagi menyahut usaha kerajaan negeri membangunkan sungai berkenaan.

6. Kerajaan Pusat seharusnya tidak membelanjakan dana yang besar bagi memperuntukkan sistem yang tidak efesien seperti sistem MySikap apabila kos bernilai hampir RM200 juta digunakan JPJ di seluruh negara.

7. Jika pagi semalam beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petangnya pula menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk 'membalas dendam'.
Category
TV Siri - TV Series
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment