Write For Us

Jumlah kos MRT 1 adalah RM28b termasuk RM7b bayaran perunding, dakwa Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kos sebenar bagi projek MRT 1 berjumlah RM28 bilion setelah mengambil kira bayaran RM7 bilion kepada perunding, seperti yang disebut sendiri oleh bekas ketua pegawai eksekutif MRT, Datuk Azhar Abdul Hamid, dua tahun lalu.
Menurut Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengelirukan rakyat mengenai kos sebenar projek MRT sepanjang 150 km, malah pengumumannya bahawa 'projek MRT 1 menelan belanja RM21 bilion dan menjimatkan RM2 bilion' adalah tidak tepat kerana tidak mengambil kira bayaran kepada perunding.
Rafizi berkata demikian dalam sidang media yang disiar secara langsung menerusi Facebooknya hari ini.
Semalam, Rafizi mendakwa tiada tindakan saman daripada Najib berhubung dakwaan kos keseluruhan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 150 km melebihi RM100 bilion, walaupun tempoh seminggu diberikan bermula Selasa lalu.
Pada 19 Disember lalu, Najib menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya projek MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) menelan belanja RM100 bilion.
Pada Sabtu lalu, MRT dalam satu kenyataan menjelaskan kos pembinaan Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) sebanyak RM40 bilion sudah tidak lagi relevan untuk dijadikan perbandingan kerana anggaran itu berdasarkan harga pada tahun 2009.
Kata MRT, kos itu juga tidak meliputi tren elektrik, sistem berkaitan serta pengambil alihan tanah-tanah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment