Write For Us

Dr M bidas Najib isu projek HSR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menjadi pemangkin ekonomi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Mahathir berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya malam ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai HSR.
Najib berkata HSR akan mewujudkan 110,000 pekerjaan pada permulaan projek itu dan akan berkembang kepada 442,000 peluang pekerjaan menjelang 2069.
Kata Najib, pada tahun itu, HSR juga boleh menjana pendapatan negara kasar sebanyak RM650 bilion.
Bagaimanapun, Mahathir membatalkan HSR sebagai sebahagian usaha penjimatan kos kerajaan.
Bagaimanapun perdana menteri berkata kerajaan perlu membayar RM500 juta kepada Singapura sebagai pampasan untuk membatalkan projek itu.
Sementara itu, mengulas mengenai perkara berasingan, Mahathir berkata kerajaan akan merundingkan semula konsesi tol.
Beliau menjawab soalan mengenai konsesi tol lebuh raya Plus, yang sepatutnya berakhir esok, 31 Mei.
Bagaimanapun, kerajaan terdahulu pada 2011 melanjutkan konsesi tol sehingga 2038, berikutan penswastaannya ​​pada tahun yang sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment