Write For Us

Tak pernah dibuat orang, Najib bidas kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tampil dengan gaya bersahaja - namun sinis - untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana menurunkan taraf penilaian Petronas daripada stabil menjadi negatif.
Di Facebooknya, kata bekas perdana menteri itu, perubahan berkenaan berlaku hasil 'kecekapan' kerajaan sekarang menguruskan wang negara serta langkah yang diambil dalam Belanjawan 2019.
Menurut Najib, kerajaan PH kini menjarah Petronas untuk membayar dividen yang tinggi dalam usaha menampung kekurangan hasil negara.
Ini bermakna penarafan kredit negara berkemungkinan besar akan turut dipengaruhi.
Tambah Najib penarafan negatif firma Moody's itu dibuat ketika harga semasa minyak dunia boleh dianggap tinggi serta stabil ketika ini.
Menurut Najib sebelum ini kerajaan BN berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak.
Cara yang diambil katanya ialah dengan mempelbagaikan sumber selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.
Namun, Najib mendakwa kerajaan kini mahu kembali ke zaman lama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment