Write For Us

Pelbagai pihak bidas kerajaan dakwa Malaysiakini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Kenyataan akhbar membidas kerajaan kerana mengheret syarikat media berhubung kandungan video yang didakwa menjelik dan menyinggung perasaan mencurah selepas Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Human Rights Watch (HRW) melabelkan pendakwaan Gan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mahkamah siber hari ini "ibarat tindakan rejim diktator".
Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam satu kenyataan berkata tuduhan terhadap Malaysiakini adalah pencabulan serius kebebasan akhbar dan menunjukkan ciri diktator Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya yang semakin menebal.
Jelasnya, dengan hak menyalahgunakan undang-undang, hujah-hujah yang mengarut dan mahkamah siber khas, Malaysia nampaknya mahu menamatkan persekitaran berita dalam talian yang meriah dan pelbagai serta subur berkembang kerana kawalan dan penapisan akhbar dan tv arus perdana kerajaan.
Awal hari ini, Gan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Cyber) terhadap dua pertuduhan kerana menyiarkan satu video yang didakwa jelik dan menyakitkan hati dalam laman web anak syarikat Malaysiakini, KiniTV, yang ditonton oleh orang ramai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment