Write For Us

Mokhzani bidas Najib, nafi hina penerima BR1M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Anak kedua bekas Perdana Menteri Tan Sri Mokhzani Mahathir menafikan beliau menghina penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Mokhzani menjelaskan, maksud sebenar mesej yang disampaikan adalah mekanisme yang lebih berkesan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.
Terdahulu dalam ucapannya beliau menggambarkan tiga senario yang akan berlaku kepada rakyat berkaitan dengan kos sara hidup dan juga BR1M.
Katanya, mungkin ada penerima BR1M merasa bangga dengan pemberian itu namun, realitinya mereka sebenarnya tidak mampu untuk membeli barangan yang mereka perlukan.
Jumaat lalu, Mokhzani dilaporkan berkata menerima BR1M bukanlah sesuatu yang membanggakan dan walaupun kerajaan gembira kerana ia membantu rakyat dengan memberi bantuan itu, rakyat lupa bahawa mereka menerima wang itu kerana mereka tidak mampu menyara diri sendiri.
Pada Sabtu lalu, di Twitter Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak menyelar kenyataan Mokhzani yang memperlekeh BR1M.
Katanya, perbuatan tersebut dianggap menghina golongan kurang berkemampuan yang benar-benar memerlukan bantuan kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment