Ketika banyak pihak mempertikaikan pelantikan usahawan fesyen Vivy Sofiana Yusof sebagai anggota Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), institusi itu sebaliknya bersikap sangat positif.
Dalam kenyataan hari ini, UiTM berkata pelantikan sebagai anggota lembaga pengarah selama tiga tahun itu dapat menjadi pendorong serta memacu pusat pengajian tinggi terbabit untuk kekal relevan sebagai hab keusawanan di peringkat pendidikan tertinggi.
“Pelantikan Vivy Yusof ini dijangka akan menyuntik idea baharu untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dan memberi inspirasi kepada perniagaan baru dalam kalangan warga UiTM terutamanya pelajar,” katanya.
Menyifatkan ketua pegawai kreatif syarikat e-dagang FashionValet dan pengasas bersama The dUCK Group itu sebagai seorang yang peka dengan kehendak golongan milenium, Naib Canselor UiTM, Prof Mohd Azraai Kassim percaya bahawa jenama dan produk dari universiti itu akan berada di mata antarabangsa melalui pelantikan Vivy.
"Saya percaya bahawa universiti akan mendapat manfaat yang besar daripada pengalaman Vivy sebagai usahawan wanita yang sangat berjaya.
“Kami berharap untuk bekerjasama dengannya dalam usaha untuk meningkatkan dan mengembangkan capaian keusahawanan UiTM dalam ekosistem global dan tempatan,” katanya.
Pengumuman yang dikongsikan dalam Facebook UiTM semalam dibanjiri pelbagai komen daripada warganet, dengan sesetengah mengucapkan tahniah manakala yang lain mempertikaikan kredibiliti Vivy untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Pengkritik juga berpendapat masih ramai tokoh yang lebih layak dilantik berbanding Vivy, termasuk dalam kalangan ahli akademik.
Menurut Asianentrepreneur.org, Vivy merupakan graduan undang-undang dari Sekolah Ekonomi London - sebuah institusi pengajian terkemuka dunia di United Kingdom.
Dalam dunia keusahawanan, Vivy memenangi banyak anugerah termasuk Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan 60 Wanita Inspirasi Nona.
Pada April 2017, Vivy disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai seorang daripada 30 tokoh muda berpengaruh di Asia.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment