Write For Us

Jamal bawa tukul besar ke balai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke IPD Ampang Jaya hari ini untuk memberikan keterangan berhubung isu hentakan tukul besi di meja sidang media pada sesi sidang media 5 september yang lalu mengenai desakan ke atas kerajaan Selangor untuk membekukan atau menarik balik Lesen Pusat Hiburan Keluarga yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha kedai judi.
Kata Jamal, beliau dipanggil memberi keterangan ekoran terdapat laporan polis yang dibuat oleh beberapa individu kononnya tindakan yang dibuat oleh Jamal adalah diluar batas undang-undang dan dikhuatiri Jamal akan bertindak sedemikian ke atas premis-premis judi yang berkaitan.
Jamal turut dilihat membawa sebatang tukul besi untuk dijadikan sebagai bahan kes semasa memberi keterangan kepada polis.
Turut bersama Jamal ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah, dan Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin.
- Jamal 'berang', hentak meja dengan tukul besar
Pada sidang media 5 September lalu, Jamal melakukan aksi gimik dengan menghentak meja dengan tukul besar sebagai simbolik membantah kegiatan judi masih berterusan di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment