Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengetuai rombongan bersama sekumpulan nelayan Sekinchan bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap penguat kuasa Indonesia di hadapan kedutaan itu di ibu negara hari ini.
Memorandum itu diserahkan bagi membantah tindakan penguat kuasa Indonesia yang menceroboh perairan Malaysia dan menembak serta menunda beberapa bot milik nelayan Sekinchan.
Menurut Jamal, tindakan penguat kuasa negara itu adalah satu perkara yang di luar batasan.
Jamal juga menuntut kerajaan Indonesia melepaskan tanpa syarat dua buah bot milik nelayan Sekinchan.
"Kami bersetuju jika nelayan melakukan kesalahan menangkap ikan di perairan Indonesia, ambil lah tindakan. Tetapi melalui data yang telah kami dapat, kedudukan terakhir bot nelayan tersebut berada dalam negara kita dan ditunda oleh penguat kuasa Indonesia dan akhirnya mengatakan bot nelayan kami dari Sekinchan ini menangkap ikan di perairan Indonesia.
"Perkara ini bukan kali pertama berlaku, seringkali berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum ke kedutaan Indonesia.
Turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment