Write For Us

Pembangkang, NGO demo anti-Trump depan kedutaan AS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Pemimpin-pemimpin pembangkang dan dan aktivis berkumpul di depan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap sekatan imigresen negara itu terhadap rakyat tujuh negara Islam.
Acara disertai pemimpin Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), aktivis NGO Islam dan kumpulan hak-hak wanita.
Acara itu turut menyaksikan penyerahan memorandum terhadap kedutaan kerana berpendapat langkah itu sebagai diskriminasi, tidak berperi kemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.
Antara yang hadir termasuk Penyelaras Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, aktivis Datuk Marina Mahathir, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Donald Trump Jumaat minggu lalu melaksanakan sekatan kemasukan 90 hari terhadap rakyat Iraq, Iran, Somalia, Syria, Libya dan Sudan, serta menggantung program pelarian selama 120 hari.
Langkah itu, menurut presiden AS, bertujuan membendung “keganasan islamis radikal”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment