Rakyat Malaysia diingatkan tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dengan penuh harmoni dan aman, keadaan mungkin tidak sentiasa begitu.
Katanya, ini kerana ada pihak yang cuba mengeruhkan keharmonian untuk tujuan tertentu, sehubungan itu semua pihak diharap tidak membiarkan diri mereka terhasut dengan perkara sebegitu.
“Di dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita dapat meraikan kepelbagaian ini dengan penuh keharmonian dan keamanan. Ini satu perkara yang biasa bagi kita.
“Tetapi ia tidak sentiasa begitu. Menjaga hubungan antara rakyat berlainan kaum dan agama dan budaya bukanlah satu perkara yang mudah, kita tidak boleh pandang ringan perkara ini,” katanya dalam video perutusan Tahun Baharu Cina yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.
Video selama dua minit itu disiarkan di laman Youtube rasmi Perdana Menteri, Chedet Official, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment