Write For Us

'Pembahagian kerusi HARAPAN untungkan DAP'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
PAS beranggapan pembahagian kerusi antara parti Pakatan Harapan akhirnya akan memberi keuntungan kepada parti DAP.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun pembahagian didominasi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah di luar kemampuan parti itu untuk memperolehi kemenangan.
Semalam HARAPAN memutuskan BERSATU untuk bertanding sebahagian besar kerusi di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Pengagihan tersebut menyaksikan BERSATU akan bertanding di 52 kerusi parlimen, diikutik 51 kerusi ditandingi PKR, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi milik Parti Amanah Negara (AMANAH).
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, selain DAP dan PKR, parti lain dalam HARAPAN terpaksa bertarung untuk mencari kemenangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment