Write For Us

PKR: Tiada isu pembahagian kerusi bersama PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Isu pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan PAS tidak berbangkit menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Ini kerana, menurutnya apa yang penting ketika ini ialah memberi tumpuan pada siri jelajah untuk mendekatkan diri kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran program Jelajah Siap Siaga bagi menghadapi PRU 14 di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita sama ada rundingan pembahagian kerusi antara HARAPAN dan PAS masih berjalan atau telah selesai.
Sementara itu, Nurul yang juga pengarah pilihan raya PKR memberitahu tujuan siri Jelajah Siap Siaga diadakan bagi mendekatkan diri dengan masyarakat.
Siri jelajah tersebut akan meliputi seluruh negara dan memberi peluang kepada rakyat mendengar sendiri penjelasan yang dibawa oleh pemimpin HARAPAN.
Menurut Nurul lagi, Jelajah Siap Siaga 2017 juga akan menyelia kerja-kerja pilihan raya antaranya menerusi program dan aktiviti kesukarelawan MyChangemakers yang telah bermula sejak pilihan raya negeri Sarawak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment