Write For Us

'Pembangkang hipokrit sokong 'Bapa Segala Tol'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Selepas empat plaza kutipan tol dimansuhkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan serangan terhadap pembangkang, menyifatkannya sebagai hipokrit atas cubaan mereka 'putar-belit' hal ini.
Beliau antara lain berkata pembangkang hipokrit kerana menyokong 'Bapa Segala Tol'.
Menulis dalam blognya semalam, Najib menulis inilah pembangkang di Malaysia kerana hipokrit, pembangkang jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama dalam tulisan tersebut, Najib sebelum ini menggelar Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Bapa Segala Tol' semasa perhimpunan agung Umno Disember lalu.
Kenyataan perdana menteri susulan pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor yang berkuatkuasa tengah malam tadi.
Pemansuhan itu selari dengan pengumuman Najib dalam ucapan Bajet 2018.
Selepas ucapan itu, perdana menteri berkata pembangkang cuba memutar-belitkan pengumuman itu bagi manfaat politik mereka.
Najib juga menolak dakwaan perjanjian konsesi kutipan tol untuk Sungai Rasau dan Batu Tiga sepatutnya tamat pada 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment