Write For Us

'Pembangkang jangan buat jangkaan berlebihan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Semua parti pembangkang mesti realistik dan memahami keadaan sebenar di peringkat akar umbi, kata ketua biro dasar dan strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Rais Husin.
Tidak menamakan sesiapa secara langsung, Rais berkata mana-mana pihak, tidak kira DAP, BERSATU, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR, harus memahami keadaan di kawasan pilihan raya masing-masing.
“Membuat jangkaan berlebihan akan membuatkan mereka leka.
“Jika itu berlaku, bila pilihan raya, realitinya akan pedih,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Ditanya sama ada masalah itu melanda semua parti pembangkang, Rais berkata kesemua pihak telah menjalankan kajian mencukupi untuk memahami apa yang perlu dilakukan.
“Ada antara mereka ada lebih angan-angan, mereka dalam keadaan puas hati.
“Mereka kena faham bahawa kita tidak boleh berpuas hati lagi. Mari fahami realiti di bawah dan bekerja daripada situ,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment