Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan pembangkang supaya tidak berlagak hero dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak kerana audit forensik sedang dijalankan dan sedang membatalkan surat kuasa (PA).
Puad yang juga Ketua Pengarah JASA turut membidas pembangkang kerana cuba membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu tersebut.
Memetik laporan Sinar Online, Puas berkata, Perdana Menteri sendiri yang mengarahkan agar isu tanah tersebut diselesaikan dengan membuat audit foresik yang terdiri daripada pasukan audit dari luar Felda.
Tambah Puad lagi, pembangkang sepatutnya mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan kerana skandal pentadbiran di negeri mereka
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mahu Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan tanah milik Felda di Jalan Semarak.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment