Write For Us

Pembangunan Kg Baru sukar dilaksanakan kerana 'waris', kata PKB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Pembangunan Kampung Baru berdepan masalah untuk dimajukan kerana isu utama melibatkan pencarian pewaris tanah.
Ia menjadi cabaran dalam membangunkan Kampung Baru sejak pelan induk pembangunan perkampungan orang Melayu di Kuala Lumpur itu dilancarkan pada 2015.
Berikutan masalah tersebut, pembangunan di Kampung Baru berjalan secara perlahan dan berperingkat-peringkat, kata Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Datuk Affendi Zahari.
PKB hanya berjaya menyelesaikan 18 lot tanah daripada 1,530 lot tanah keseluruhan yang terdapat di kampung berkenaan setakat ini.
Pada 2015, kerajaan melancarkan Pelan Induk Terperinci ­ Pembangunan Kampung Baru melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar RM61 bilion yang merangkumi kawasan lantai pembangunan seluas 8.36 juta meter persegi.
Pelan induk itu memfokuskan kepada dua aspek penting iaitu perancangan fizikal dan pengurusan pembangunan Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota dengan berkeluasan 121.9 hektar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment