Seramai 700 pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Pandanmas, Kampung Pandan, Kuala Lumpur menerima kunci rumah masing-masing pada sebuah majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam ucapan perasmiannya semalam, berkata “pembeli RUMAWIP" amat bertuah kerana berpeluang memiliki kediaman itu dengan harga serendah RM280,000 hingga RM300,000.
"Tentu sekali keluasan seperti ini dengan lokasi strategik, harga akan jadi lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan dan boleh jadi mencecah RM600,000 ke RM700,000.
"Jadi, beruntunglah pembeli yang dapat rumah sebegini, macamlah menang loteri kan?" kata Najib sambil disambut gelak tawa hadirin yang hadir.
Najib berkata, pelaksanaan projek perumahan ini sekali gus membuktikan kerajaan benar-benar prihatin dan mengambil berat keperluan rakyat untuk mendapatkan kediaman yang selesa serta mampu dimiliki.
"Projek perumahan ini akan menjadi salah satu perkara yang akan diberi keutamaan yang tinggi dari segi program yang akan dilaksanakan kerajaan khususnya untuk golongan M40 (golongan isi rumah berpendapatan rendah) dan B40 (pertengahan)," kata perdana menteri.
Sebanyak 1,920 unit daripada 322 kediaman di blok ditempatkan di Residensi Pandanmas, Kampung Pandan dengan 21 tingkat manakala selebihnya adalah unit dengan harga bebas.
Projek RUMAWIP yang berkeluasan 850 dan 900 kaki persegi ini dijual pada harga RM280,000 dan di bawah RM300,000 seunit dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berserta satu pakir kereta berbumbung berjaya disiapkan sembilan bulan lebih awal dari jadual oleh Syarikat Faber Vista Sdn Bhd.
Residensi Pandanmas merupakan projek usahasama DBKL
Hasil usaha ini, kerajaan berjaya menyelesaikan penempatan semula penduduk rumah setinggan Kampun Pandan yang sebelum ini menduduki tapak pembangunan tersebut ketika itu.
Malah, Najib berkata bagi pembangunan fasa dua Residensi Pandanmas ini ia akan menempatkan sekitar 300 penghuni kawasan setinggan terbabit yang kebanyakkan kaum India.
Menurut perdana menteri, langkah tersebut juga membuktikan beliau tidak cakap kosong ketika mana melancarkan pelan induk pembangunan kepada masyarakat India baru-baru ini.
"Satu yang uniknya (RUMAWIP) ada elemen subsidi akan diberikan kepada 300 setinggan yang kebanyakkan kaum India yang telah hampir 30 tahun menetap di sini.
"Mereka juga akan mendapat rumah baru dengan harga RM42,000 dengan pinjaman 100 peratus daripada kerajaan.
"Saya dapat tahu mereka ini tak mampu langsung nak bayar pendahuluan jadi kita bagi pinjaman 100 peratus kepada mereka.
"Kebetulan saya telah lancarkan pelan induk pembangunan kepada masyarakat India baru-baru ini, jadi blueprint itu bukan cakap kosong saja," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment