Write For Us

'Pembentangan laporan kerana bersikap 'gentleman' dan 'anak jantan''

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, kerajaannya cukup berani untuk membentangkan kad laporan tahunan mengenai program transformasi kerajaan di negara ini (GTP) adalah kerana bersikap "gentlement" dan "anak jantan" (lelaki).
'Dengan kehendak Tuhan Yang Maha Berkuasa, terbukti, terbukti, langkah-langkah berani yang telah diambil sejak lebih lapan tahun kebelakangan ini, berjaya mencetus momentum demi momentum, yang meletakkan kita terus teguh berada pada landasan ekonomi yang sihat dan betul.
'Sebab itulah, walau mana-mana pihak berkata begitu atau berkata begini, Saya selaku Perdana Menteri, mewakili pihak Kerajaan Barisan Nasional mengambil sikap ‘gentleman’ dan ‘anak jantan’, telah berani membentangkan laporan prestasi transformasi negara, semenjak tahun 2010 lagi.
'Mana ada Kerajaan lain di dunia ini, yang sebegini telus dan mempunyai discipline of action demi melaksanakan janji-janji, mendahulukan kepentingan rakyat dan bukanlah sekadar omong-omongan kosong semata-mata' kata Najib
Najib berkata demikian semasa membentangkan kad laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment