Semalam Dewan Rakyat tegang apabila dua ahli parlimen hampir bertumbuk.
KiniTV menyiarkan rakaman di mana ketika ahli parlimen PKR Kapar G Manivannan berbahas dan ahli parlimen BN Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid meminta untuk mencelah tetapi tidak diberikan ruang.
Kekecohan dilaporkan tercetus, tidak lama selepas Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mengakhiri ucapannya dan kamera parlimen kemudian difokuskan kepada Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said, yang mengarahkan kedua-dua, G Manivannan dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid untuk duduk.
Ismail kemudian mengarahkan ahli parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin untuk menyerahkan telefonnya kepada bentara parlimen untuk dipadamkan gambar yang dirakamkan kerana tindakan itu adalah dilarang.
Adalah tidak jelas apa sebenarnya berlaku tetapi Manivannan dan ahli parlimen pembangkang lain mendakwa Ehsanuddin menuju ke tempat duduk mereka dan mahu bertumbuk.
Bagaimanapun, menurut mereka, pegawai parlimen meleraikan Ehsanuddin dan Manivanan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment